"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog PSS SK Astana Raja"
Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses P&P serta mewujudkan system sokongan dalaman ke arah membudayakan teknologi pendidikan bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. PSS adalah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedarkan bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan P&P yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan ko-kurikulum.

Tuesday, March 30, 2010

Sejarah Sekolah

Latar Belakang Sejarah Sekolah

* Januari 1908 – Sekolah ini pernah dikenali sebagai Sekolah Melayu Astana Raja. Bangunan asalnya dibina daripada kayu.

* 1952 – Sekolah ini dibina semula dan dinamakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) English. Seramai lima orang guru besar telah mencurahkan jasa di sekolah ini.

* Januari 1972 – Sekolah ini digabungkan dengan SRJK English dan namanya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Astana Raja dan kekal sehingga kini.

* Seramai 22 orang guru besar semuanya yang pernah berkhidmat di sekolah ini. Untuk 14 tahun yang terkini, senarai guru besarnya adalah :

1993 – 1995 Hjh Norehan binti Awang
1995 – 1997 En Rosli bin Tahir
1997 – 2003 Pn Samiah binti Abd Rahman
2003 – 2008 Cik Hjh Samsiah bt Md Noh
2008 – hingga kini Pn.Hanifah bt.Ali

Monday, March 8, 2010

PIAGAM SEKOLAH

MEMBERI P&P YANG TERBAIK KEPADA SETIAP MURID
MEMASTIKAN SETIAP MURID MENDAPAT LAYANAN YANG SAMA DAN ADIL
SENTIASA MEWUJUDKAN PERSEKITARAN YANG BERSIH DAN SELAMAT
MEMBERI LAYANAN YANG MESRA KEPADA SETIAP PENGUNJUNG
MEMASTIKAN SETIAP ARAHAN KEMENTERIAN, JPN, PPD DAN ORGANISASI DIPATUHI DAN DILAKSANAKAN DENGAN CEKAP DAN BERKESAN

MISI SEKOLAH

SELURUH WARGA SK ASTANA RAJA BERUSAHA MENCAPAI KECEMERLANGAN KUALITI PENDIDIKAN MELALUI PERMUAFAKATAN GURU-GURU, STAF SOKONGAN BESERTA KOMUNITI SETEMPAT DENGAN MEMBERI SEPENUHNYA KOMITMEN, CONTOH TELADAN, DAYA USAHA DAN PEMIKIRAN POSITIF UNTUK MELAHIRKAN MURID YANG CEMERLANG SECARA SEIMBANG DALAM SEMUA ASPEK

Profil Sekolah

VISI SEKOLAH

SEKOLAH KEBANGSAAN ASTANA RAJA SEKOLAH TERUNGGUL DI DAERAH REMBAU MENJELANG TAHUN 2012

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi

Free Counters
Telah Melawat