"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog PSS SK Astana Raja"
Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses P&P serta mewujudkan system sokongan dalaman ke arah membudayakan teknologi pendidikan bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. PSS adalah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedarkan bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan P&P yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan ko-kurikulum.

Monday, August 2, 2010

Latar Belakang PSS SK Astana Raja

PSS SK AStana Raja ini mula diwujudkan pada tahun 1986. Bangunan ini terletak di Blok B, iaitu perpustakaan sekarang. Sungguhpun baharu sahaja diwujudkan ketika itu, Pusat Sumber SK Astana Raja menjadi contoh bagi sekolah-sekolah di sekitar Zon Kota.
Ini adalah kerana pusat sumber dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh semua guru dan murid. Pelbagai usaha telah dijalankan demi memajukan pusat sumber ini.
Penglibatan dan sokongan dari semasa ke semasa semua pihak banyak membantu kemajuan Pusat Sumber sekolah ini.

0 comments:

Post a Comment

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi

Free Counters
Telah Melawat