"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog PSS SK Astana Raja"
Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses P&P serta mewujudkan system sokongan dalaman ke arah membudayakan teknologi pendidikan bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. PSS adalah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedarkan bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan P&P yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan ko-kurikulum.

Saturday, August 14, 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS telah dilancarkan peringkat sekolah pada 9 Ogos 2010. Murid-murid telah diuar-uarkan membawa bendera Jalur Gemilang bagi membangkitkan suasana kemeriahan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS ini. Sebagai simboliknya setiap kelas diberikan bendera bagi menghiasi kelas masing-masing. Selain aktiviti-aktiviti terdapat juga pertandingan kelas patriotik. Akhir sekali murid-murid menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" dan "Keranamu Malaysia" sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia.

"Salam 1 Malaysia"

0 comments:

Post a Comment

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi

Free Counters
Telah Melawat