"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog PSS SK Astana Raja"
Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses P&P serta mewujudkan system sokongan dalaman ke arah membudayakan teknologi pendidikan bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. PSS adalah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedarkan bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan P&P yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan ko-kurikulum.

Tuesday, September 21, 2010

TAZKIRAH

Sekarang ni ramai yang pakai cincin..tapi ikut suka dia je...

Sunah nabi jarang nak ikut...

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang khinzir. Jika kesemua jari-jemari kita menyimpan kuku yang panjang...bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..
Potonglah kuku anda.
Jangan ada niat menyimpan kuku panjang, walaupun hanya 1mm ataupun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun. Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh sebab diberi makan bahan kotor yang berada d kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan,buat cekodok pisang, menguli tepung dan seumpamanya lagi.
Percayalah...
Kuku panjang mempunyai sejenis kuman dan tidak akan hilang walaupun dicuci tangan dengan sabun.

Nabi Muhammad berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari
1.Jari manis
2.Jari Kelingking (anak jari)
dan jangan memakai pada jari
1.Jari tengah
2.Jari telunjuk
Nabi Muhammad SAW melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Sunday, September 19, 2010

HARI KEMUNCAK MINGGU PSS & MINGGU PATRIOTIK






Hari kemuncak Minggu PSS & Minggu Patriotik SK Astana Raja telah diadakan pada hari Jumaat (03.09.2010). Murid-murid yang telah berjaya telah menerima hadiah masing-masing.Penyelaras mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir dan guru-guru serta murid-murid yang telah memberikan sokongan yang padu bagi menjayakan aktiviti tahunan ini. Terima kasih.....

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi

Free Counters
Telah Melawat