"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog PSS SK Astana Raja"
Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses P&P serta mewujudkan system sokongan dalaman ke arah membudayakan teknologi pendidikan bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. PSS adalah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedarkan bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan P&P yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan ko-kurikulum.

Saturday, August 21, 2010

Aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah









Minggu PSS


Gambar-gambar semasa aktiviti

Aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah


Syabas diucapkan kepada murid yang telah menyertai setiap aktiviti yang telah disediakan. Semoga berjaya mendapat tempat.

Wednesday, August 18, 2010

Minggu PSS / Minggu Patriotik 2010

Minggu PSS dan Patriotik telah dijalankan pada 10 Ogos hingga 13 Ogos 2010. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah kuiz, teka silangkata, IQ test, kira pantas, lancar jawi dan lain-lain lagi.

Terima kasih kepada semua guru dan murid-murid SKAR atas kerjasama yang telah diberikan

"PSS CEMERLANG, MURID GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG"

Saturday, August 14, 2010

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS








Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS

Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS telah dilancarkan peringkat sekolah pada 9 Ogos 2010. Murid-murid telah diuar-uarkan membawa bendera Jalur Gemilang bagi membangkitkan suasana kemeriahan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS ini. Sebagai simboliknya setiap kelas diberikan bendera bagi menghiasi kelas masing-masing. Selain aktiviti-aktiviti terdapat juga pertandingan kelas patriotik. Akhir sekali murid-murid menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" dan "Keranamu Malaysia" sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia.

"Salam 1 Malaysia"

Monday, August 2, 2010

Sudut Bercerita dan Glosari

Pusat Sumber SK Astana Raja

Latar Belakang PSS SK Astana Raja

PSS SK AStana Raja ini mula diwujudkan pada tahun 1986. Bangunan ini terletak di Blok B, iaitu perpustakaan sekarang. Sungguhpun baharu sahaja diwujudkan ketika itu, Pusat Sumber SK Astana Raja menjadi contoh bagi sekolah-sekolah di sekitar Zon Kota.
Ini adalah kerana pusat sumber dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh semua guru dan murid. Pelbagai usaha telah dijalankan demi memajukan pusat sumber ini.
Penglibatan dan sokongan dari semasa ke semasa semua pihak banyak membantu kemajuan Pusat Sumber sekolah ini.

Motto PSS SK Astana Raja

PSS CEMERLANG, MURID GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi

Free Counters
Telah Melawat