- Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Astana Raja
- Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses P&P serta mewujudkan system sokongan dalaman ke arah membudayakan teknologi pendidikan bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. PSS adalah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedarkan bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan P&P yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan ko-kurikulum.
Saturday, August 21, 2010
Aktiviti Minggu Pusat Sumber Sekolah
Wednesday, August 18, 2010
Minggu PSS / Minggu Patriotik 2010
Minggu PSS dan Patriotik telah dijalankan pada 10 Ogos hingga 13 Ogos 2010. Antara aktiviti yang telah diadakan ialah kuiz, teka silangkata, IQ test, kira pantas, lancar jawi dan lain-lain lagi.
Terima kasih kepada semua guru dan murid-murid SKAR atas kerjasama yang telah diberikan
"PSS CEMERLANG, MURID GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG"
Terima kasih kepada semua guru dan murid-murid SKAR atas kerjasama yang telah diberikan
"PSS CEMERLANG, MURID GEMILANG, SEKOLAH TERBILANG"
Saturday, August 14, 2010
Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS
Pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS telah dilancarkan peringkat sekolah pada 9 Ogos 2010. Murid-murid telah diuar-uarkan membawa bendera Jalur Gemilang bagi membangkitkan suasana kemeriahan pelancaran Bulan Kemerdekaan dan Minggu PSS ini. Sebagai simboliknya setiap kelas diberikan bendera bagi menghiasi kelas masing-masing. Selain aktiviti-aktiviti terdapat juga pertandingan kelas patriotik. Akhir sekali murid-murid menyanyikan lagu "Jalur Gemilang" dan "Keranamu Malaysia" sambil mengibarkan bendera Jalur Gemilang kebanggan rakyat Malaysia.
"Salam 1 Malaysia"
"Salam 1 Malaysia"
Monday, August 2, 2010
Latar Belakang PSS SK Astana Raja
PSS SK AStana Raja ini mula diwujudkan pada tahun 1986. Bangunan ini terletak di Blok B, iaitu perpustakaan sekarang. Sungguhpun baharu sahaja diwujudkan ketika itu, Pusat Sumber SK Astana Raja menjadi contoh bagi sekolah-sekolah di sekitar Zon Kota.
Ini adalah kerana pusat sumber dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh semua guru dan murid. Pelbagai usaha telah dijalankan demi memajukan pusat sumber ini.
Penglibatan dan sokongan dari semasa ke semasa semua pihak banyak membantu kemajuan Pusat Sumber sekolah ini.
Ini adalah kerana pusat sumber dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang boleh dimanfaatkan oleh semua guru dan murid. Pelbagai usaha telah dijalankan demi memajukan pusat sumber ini.
Penglibatan dan sokongan dari semasa ke semasa semua pihak banyak membantu kemajuan Pusat Sumber sekolah ini.