"Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Selamat Melayari Blog PSS SK Astana Raja"
Memberi kemudahan dan perkhidmatan yang menyeluruh dalam proses P&P serta mewujudkan system sokongan dalaman ke arah membudayakan teknologi pendidikan bagi meninggikan mutu pendidikan selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. PSS merupakan nadi dalam perkembangan kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah. PSS adalah tempat mengumpul, membina, memproses dan mengedarkan bahan cetak dan bahan bukan cetak dengan gabungan nilai-nilai kemanusiaan.Ia memberi perkhidmatan yang memudahkan penggunaan alatan/bahan dengan perancangan yang sistematik. PSS juga adalah punca segala aktiviti-aktiviti pengkaedahan P&P yang berkesan dalam memenuhi kehendak kurikulum dan ko-kurikulum.

Tuesday, March 30, 2010

Sejarah Sekolah

Latar Belakang Sejarah Sekolah

* Januari 1908 – Sekolah ini pernah dikenali sebagai Sekolah Melayu Astana Raja. Bangunan asalnya dibina daripada kayu.

* 1952 – Sekolah ini dibina semula dan dinamakan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) English. Seramai lima orang guru besar telah mencurahkan jasa di sekolah ini.

* Januari 1972 – Sekolah ini digabungkan dengan SRJK English dan namanya ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Astana Raja dan kekal sehingga kini.

* Seramai 22 orang guru besar semuanya yang pernah berkhidmat di sekolah ini. Untuk 14 tahun yang terkini, senarai guru besarnya adalah :

1993 – 1995 Hjh Norehan binti Awang
1995 – 1997 En Rosli bin Tahir
1997 – 2003 Pn Samiah binti Abd Rahman
2003 – 2008 Cik Hjh Samsiah bt Md Noh
2008 – hingga kini Pn.Hanifah bt.Ali

0 comments:

Post a Comment

Mentor Jutawan Bersama Irfan Khairi

Free Counters
Telah Melawat